MAKLUMAN
Blog ini hanya untuk promosi tawaran perkhidmatan membuat blog jualan online produk Anugerah (sama seperti blog ini termasuk semua kandungan) pada kadar. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 019 532 72xx atau klik sini untuk selanjutnya.

Ketahui 9 Keadaan Bersalin Caesarean


Kaedah bersalin caesarean adalah salah satu kaedah melahirkan anak secara pembedahan. Lazimnya, proses ini dijalankan oleh doktor pakar dengan membuat potongan yang melalui perut dan rahim ibu untuk mengeluarkan bayi.

Walaupun proses pembedahan ini agak kelihatan rumit berbanding kaedah bersalin secara normal, namun ianya adalah pilihan terbaik untuk melahirkan anak akibat beberapa keadaan dan situasi yang menyumbang kepada kelahiran secara caesarean.

Terdapat 2 punca yang menyebabkan kepada seseorang ibu perlu melalui proses bersalin dengan pembedahan ini iaitu secara terancang atau tidak terancang.

Proses secara terancang adalah proses pengawalan dari awal kelahiran apabila sudah mengetahui bahawa ibu perlu menjalani pembedahan untuk melahirkan anak.

Terdapat beberapa keadaan yang menjadi penyebab kepada proses ini:

Kedudukan bayi masih belum songsang sewaktu tarikh untuk bersalin hampir tiba.

Kepala bayi perlu menghala ke arah rahim untuk memudahkan kelahiran secara normal. Apabila kedudukan kepala bayi masih berada di atas dan bukan di bawah sehingga waktu bersalin makin hampir, maka kaedah pembedahan perlu dijalankan.

Ibu mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung yang boleh mempengaruhi ibu dan bayi.

Status kesihatan ibu adalah amat penting semasa proses kelahiran. Sekiranya ibu menghidap penyakit kronik dan menjalani kelahiran normal, ia akan mendatangkan risiko kepada ibu dan bayi.

Ibu mempunyai penyakit yang boleh disalurkan kepada bayi jika melalui kelahiran secara normal.

Untuk mencegah bayi dari menerima jangkitan penyakit dari ibu, doktor akan mengesyorkan ibu untuk menjalani caesarean untuk mengurangkan risiko anak mendapat penyakit.

Ibu melahirkan lebih dari seorang anak

Ibu yang telah disahkan akan melahirkan anak kembar akan terus menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kerana kebiasaannya hanya seorang anak sahaja dapat keluar dari rahim ibu.

Ibu telah melalui pembedahan Caesarean sebelum ini.

Jika rekod ibu sebelum ini yang telah menjalani caesarean, maka ibu juga akan menjalani pembedahan untuk kelahiran anak yang seterusnya untuk mengelakkan rahim pecah jika melalui kelahiran secara normal.

Untuk proses tidak terancang pula, terdapat beberapa keadaan di mana si ibu perlu bersalin secara pembedahan dan sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Keadaan-keadaan tersebut adalah:

Proses meneran untuk bersalin adalah perlahan, sukar atau terhenti sepenuhnya.

Situasi ini berlaku apabila hampir kepada waktu-waktu lahir untuk melahirkan anak. Apabila proses meneran tidak berlaku, maka pembedahan adalah pilihan yang terbaik.

Kadar denyutan jantung bayi bergerak sangat cepat atau terlalu perlahan.

Apabila bayi tidak memberikan tindak balas dan kadar degupan jantung adalah tidak normal, cara yang paling selamat untuk bayi adalah dengan membelah bahagian perut ibu untuk mengeluarkan bayi.

Terdapat masalah pada tali pusat yang menyebabkan bayi berada di dalam risiko.
Talu pusat mesti berada di dalam keadaan baik semasa waktu untuk kelahiran. Jika tidak, pembedahan Caesarean perlu dilakukan.

Saiz bayi adalah terlalu besar sehingga sukar untuk keluar secara normal.

Kes seperti ini akan menyukarkan ibu untuk meneran anak kerana saiz badan bayi yang membesar. langkah yang paling selamat adalah dengan  bersalin secara caesarean.

Dengan 9 keadaan di atas, maka para wanita hamil dapat mengetahui tindakan yang perlu dibuat apabila saat-saat untuk kelahiran semakin hampir.

Walaupun ada sebilangan wanita yang serik untuk melalui kaedah bersalin seperti ini, ia adalah salah satu kaedah terbaik untuk keselamatan ibu dan bayi

Ia mungkin disebabkan kerana proses pemulihan selepas bersalin dan berpantang yang agak rumit dan berbeza berbanding kaedah biasa. Dengan pengambilan set bersalin yang sesuai untuk caesarean, ibu akan akan dapat menjalani tempoh berpantang dengan lebih sempurna dan teratur.


Kongsikan :

 
Hakcipta Dipelihara 2014 Rangkaian Produk Anugerah, Hasil Keajaiban Al-Quran
Inovasi & rekabentuk Blogger oleh MJasni AShukri yang dikuasakan oleh Fantasi Media
Dapatkan templat seperti blog ini sekarang!