MAKLUMAN
Blog ini hanya untuk promosi tawaran perkhidmatan membuat blog jualan online produk Anugerah (sama seperti blog ini termasuk semua kandungan) pada kadar. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 019 532 72xx atau klik sini untuk selanjutnya.

7 Herba Untuk Wanita Yang Ingin Cantik Dan Awet Muda


Sejak berkurun lamanya, herba adalah bahan utama yang digunakan oleh wanita untuk mencantikkan tubuh dan wajah. Ia terus diamalkan dan diwarisi sehingga kini sebagai satu khazanah yang bernilai untuk kecantikan wanita.

Namun, akibat kebanjiran pelbagai produk kecantikan dari syarikat-syarikat kosmetik, ramai wanita sudah mula melupai khasiat herba tradisional yang telah digunakan oleh nenek moyang mereka ini. Lebih menyedihkan, ada wanita zaman ini yang tidak mengetahui langsung tentang nama-nama herba tradisional tersebut.

Kini, penggunaan herba tradisional untuk kecantikan wanita mula dikenali semula setelah banyak kajian saintifik yang membuktikan bahawa herba-herba tradisional adalah lebih baik berbanding produk kecantikan. Ini kerana khasiat herba tidak mendatangkan kesan sampingan dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Berikut adalah 7 herba yang bermanfaat untuk kecantikan wanita:

Rawat masalah dalaman dengan manjakani

Walaupun buah manjakani baik untuk kecantikan, ia kurang diminati kerana rasanya yang pahit dan kelat serta tidak mampu pun untuk menelannya.

Kajian saintifik juga menyokong keberkesanan manjakani ini. Ia mempunyai ciri-ciri antiseptik semulajadi yang berkesan dalam menghapuskan bakteria dan kulat yang menjadi punca utama kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada kawasan faraj.

Secara umumnya, kebaikan mengambil buah manjakani adalah seperti mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj selepas bersalin, menghilangkan kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada faraj, membantu melambatkan penuaan, meningkatkan tenaga dalaman dan mengembalikan keintiman bersama suami.

Pulihkan masalah keputihan dengan daun senduduk

Daun senduduk mempunyai khasiat yang mujarab. Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit. Ia juga mampu merawat masalah keputihan yang biasa dialami oleh wanita dan mempercepatkan proses penyembuhan luka pada rahim.

Daun inai membantu menyembuhkan luka dan masalah haid

Sejak berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk. Khasiat daun inai digunakan untuk menyembuhkan luka kuku dan kudis di sekeliling kuku. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka, mengurangkan masalah pendarahan, menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki dan merawat masalah haid wanita dan keputihan.

Daun salam melegakan gatal-gatal pada kulit

Daun salam adalah rempah yang sering digunakan oleh masyarakat nusantara untuk menyedapkan masakan dan makanan.Daunnya boleh direbus untuk membantu merawat masalah keputihan serta berkesan untuk menghilangkan gatal-gatal dan bau yang tidak menyenangkan pada faraj.

Tingkat tenaga dalaman dengan tongkat ali putih

Tongkat ali putih adalah salah satu herba yang popular di kalangan masyarakat Melayu. Kajian saintis mendapati tongkat ali putih digunakan secara tradisional sebagai ejen menambahkan keupayaan tenaga dalaman dan melancarkan peredaran darah di dalam badan.

Kurangkan lemak dalam badan dengan hempedu bumi

Hempedu bumi atau nama saintifiknya Andrographis paniculata memiliki pelbagai khasiat yang digunakan untuk membantu kecantikan wanita. Di antara kebaikan hempedu bumi adalah untuk merawat luka, memecahkan molekul- molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat sebagai pelawas pembuangan air besar.

Herba kayu serapat untuk perapat

Herba Kayu Serapat atau nama saintifiknya Paramaria Leavigata merupakan herba terbaik untuk disyorkan kepada setiap wanita. Ia bermanfaat untuk mengembalikan faraj yang ‘longgar’ supaya kembali cantik seperti anak dara.Ia juga boleh menegangkan payu dara supaya dapat merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak serta disukai oleh suami.

Daripada 7 jenis herba yang disenaraikan di atas, tidak syak lagi bahawa herba-herba ini memberikan manfaat yang tidak ternilai untuk wanita. Samada anda menggunakannya herba-herba tersebut dalam bentuk ekstrak atau asli, anda masih lagi dapat menikmati khasiat yang anda ingini seperti awet muda dan kulit yang cantik.

Kesemua herba-herba ini boleh didapati di dalam Ubat Periuk Anugerah dan Ubat Bijian Anugerah. Kedua-duanya berharga RM 58 sebotol untuk Semenanjung Malaysia dan RM 63 untuk Sabah dan Sarawak.


Kongsikan :

 
Hakcipta Dipelihara 2014 Rangkaian Produk Anugerah, Hasil Keajaiban Al-Quran
Inovasi & rekabentuk Blogger oleh MJasni AShukri yang dikuasakan oleh Fantasi Media
Dapatkan templat seperti blog ini sekarang!