MAKLUMAN
Blog ini hanya untuk promosi tawaran perkhidmatan membuat blog jualan online produk Anugerah (sama seperti blog ini termasuk semua kandungan) pada kadar. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 019 532 72xx atau klik sini untuk selanjutnya.

5 Kelebihan Memakai Bengkung Bersalin Yang Anda Perlu Ketahui


Pemakaian bengkung bersalin adalah salah satu amalan yang penting di dalam tempoh berpantang. Para ibu yang telah melahirkan anak digalakkan memakai bengkung sejak dari hari ke-4 kelahiran sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang.

Sejak zaman berzaman, pemakaian bengkung telah menjadi amalan tradisional masyarakat Melayu untuk wanita yang sudah melahirkan anak.

Dengan gabungan asas rawatan di dalam berpantang seperti penggunaan herba-herba tradisional, urutan dan pemakanan, penggunaan alatan seperti bengkung mampu melengkapkan proses pemulihan tubuh ibu kepada asal.

Kelebihan memakai bengkung.

Terdapat beberapa kelebihan memakai bengkung untuk wanita yang berpantang:

1. Mengelakkan perut masuk angin
Semasa tempoh mengandung selama 9 bulan, wanita akan mengalami pertambahan berat badan yang mendadak. Selain itu, wanita juga mengalami masalah angin di dalam perut yang boleh menyebabkan ibu mengalami sakit-sakit badan dan sendi.

Melalui ikatan bengkung yang kemas dan sempurna, ia membantu pengaliran angin panas dan kotor keluar dari badan ibu yang berpantang dengan sempurna.

2. Membantu mengempiskan perut dan lemak yang berada di bahagian paha dan punggung
Bagi wanita yang mempunyai masalah perut buncit dan menggeleber, pemakaian bengkung yang konsisten akan membantu mengempiskan bahagian badan yang bermasalah.

Selain itu, ia juga membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi mereka.

3. Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin
Masalah otot-otot yang tegang selepas bersalin sememangnya perkara biasa bagi wanita selepas bersalin. Keadaan ini menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda.

Akibatnya, tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ dalam badan dan bukannya otot perut. Pemakaian bengkung akan membantu menguatkan kembali otot-otot yang tegang an kelihatan menggeleber.

4. Menguatkan tulang belakang dan menghasilkan postur tubuh yang baik
Pemakaian bengkung baik untuk menyokong tulang belakang terutamanya kepada sesiapa yang mengalami masalah sakit belakang.

Selain itu, bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

5. Menghalang peranakan daripada ‘turun’
Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot , jaringan dan ligamen.

Proses melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah dan menyebabkan ia jatuh dan kadangkala terkeluar dari saluran jatuh.

Dengan pemakaian bengkung, ia mampu menguatkan kembali otot di bahagian rahim bagi mengelakkan masalah peranakan turun.

Bagaimana memilih bengkung yang baik?

Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang yang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim.

Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah.

Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Bengkung yang pendek juga akan membataskan pergerakan anda dan menyukarkan anda untuk bergerak.

Terdapat bengkung bersalin yang sesuai digunakan oleh wanita. Bengkung bersalin Anugerah diperbuat daripada kain belacu yang tahan lasak, tidak panas, tidak luntur warna serta direka khusus untuk memberikan sokongan 360 darjah kepada badan ibu.

Bengkung Ibu Anugerah berharga RM 38 (Semenanjung Malaysia) dan RM 43 (Sabah/Sarawak). 


Kongsikan :

 
Hakcipta Dipelihara 2014 Rangkaian Produk Anugerah, Hasil Keajaiban Al-Quran
Inovasi & rekabentuk Blogger oleh MJasni AShukri yang dikuasakan oleh Fantasi Media
Dapatkan templat seperti blog ini sekarang!