Saat kelahiran bayi adalah waktu yang paling menggembirakan buat para ibu. Segala detik yang mendebarkan dari waktu kelahiran kini bertukar dengan keceriaan menyambut cahaya mata. Bagi ibu pula, proses penyembuhan akibat melahirkan anak perlu dilakukan dengan segera selepas ini.
Proses penyembuhan ini dipanggil berpantang masyarakat Melayu. Ianya masih diamalkan sehingga ke hari ini dan diwarisi sejak turun temurun lagi. Tempoh berpantang ini biasanya diamalkan selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu dari hari kelahiran anak. Dalam tempoh berpantang ini, para ibu akan dirawat dari segi kesihatan, kebersihan diri dan diberikan makanan yang sesuai.
Ibu-ibu yang baru bersalin perlu melalui tempoh berpantang kerana membantu mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal. Ini kerana struktur badan dan sistem peranakan telah berubah sejak masa mengandung dan perlu dibetulkan semula.
Proses urutan akan dilakukan ke atas ibu untuk memulihkan kekejangan perut, melegakan otot-otot yang tegang, membantu membetulkan kembali rahim ke kedudukan asalnya serta memudahkan darah selepas bersalin (darah nifas) keluar dengan teratur.
Selain itu, berpantang mampu menyembuhkan luka akibat bersalin dan membaikpulih tisu-sisu badan yang rosak. Ini kerana wanita terdedah dengan kuman dan bakteria yang mudah menjangkiti tubuh terutamanya organ pembiakan. Proses pemulihan dilakukan melalui penggunaan tuaman batu serta pengambilan herba-herba seperti temulawak, temukunci, daun lempoyang, herba tengas untuk memecahkan lemak, mengeluarkan angin dan toksin, mempercepat pengecutan rahim, melancarkan peredaran darah, mengeluarkan angin di dalam badan dan mempercepatkan proses pelangsingan.
Pengambilan makanan juga perlu dititikberatkan. Sesuai dengan namanya, ibu-ibu bersalin juga perlu berpantang daripada mengambil makanan yang tertentu kerana terdapat sebahagian makanan yang boleh mendatangkan masalah kesihatan seperti masalah angin, alahan dan luka lambat sembuh.
Makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Oleh itu, makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti kekacang juga perlu dielakkan.
Kenapa ramai wanita mengelak daripada melalui tempoh berpantang?
Dengan perkembangan zaman dan kesibukan di dalam kehidupan moden, ramai wanita kerap mengelak untuk melalui tempoh berpantang. Di antara punca-puncanya ialah kekurangan bahan-bahan untuk menyediakan bahan-bahan untuk berpantang, langkah penyediaan herba yang melecehkan dan kesukaran mendapatkan herba-herba asli khusus untuk tempoh berpantang.
Selain itu, bahan-bahan untuk keperluan berpantang hanya digunakan sekali sahaja pada waktu berpantang dan tidak boleh digunakan selepas berpantang.
Kini, ibu-ibu tidak perlu risau lagi untuk melalui tempoh berpantang yang memeritkan. Set Bersalin Anugerah didatangkan dengan pelbagai ramuan dan herba untuk manfaat ibu dan juga bayi. Dengan menggunakan Set Bersalin Anugerah, kaedah berpantang kini menjadi lebih mudah, cepat dan tidak melecehkan.
Keistimewaan Set Bersalin Anugerah
Set Bersalin Anugerah merupakan satu-satunya set berpantang lengkap yang mengetengahkan semula kaedah tradisional dengan penggunaan moden untuk kemudahan wanita sekarang. Ia sesuai untuk wanita yang inginkan keperluan berpantang yang tidak merumitkan.
Selain itu, setiap produk di dalam Set Bersalin Anugerah diadun dengan herba-herba tradisional seperti tahi angin, akar serapat, temukunci, lempoyang dan lain-lain yang sukar ditemui pada masa kini serta kaya dengan pelbagai khasiat dan manfaat untuk wanita bersalin.
Cara penggunaan, rasa dan penyediaan Set Bersalin Anugerah lebih mudah berbanding set-set bersalin biasa. Sebagai contoh, Minuman Ubat Periuk Anugerah yang selalu didatangkan dalam bentuk kapsul dan berasa pahit kini telah ditingkatkan rasanya supaya menjadi lebih sedap untuk diminum.
Selain itu, Minyak Pilis Anugerah yang selalu dikeluarkan di dalam bentuk serbuk dan mudah bersepah selepas digunakan kini didatangkan di dalam bentuk cecair yang mudah digunakan dan disimpan. Penggunaan alatan bantuan seperti bengkung bersalin dan rawatan tungku panas juga lebih senang dipakai dan boleh digunakan selepas waktu berpantang.
Dengan keunikan dan kelebihan yang ada di dalam Set Bersalin Anugerah, para ibu kini boleh menjalani tempoh berpantang dengan mudah dan selesa melalui penggunaan herba-herba tradisional dengan kaedah moden.